DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH (DPBS) ditubuhkan pada Januari 1972 dibawah Akta Pendaftar Pertubuhan tahun 1966. DPBS ditubuhkan atas kesedaran, keperluan dan wadah untuk bersatu dibawah satu badan yang dapat membantu dan mempromosi kejayaan, penglibatan kaum Bumiputera tempatan dalam perniagaan. Selama ini, DPBS telah berjaya menempuh segala dugaan dan halangan dengan komitmen ahli-ahlinya yang tinggi dan sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Pusat dan Negeri. Kegiatan DPBS berbagai; ia menjadi Urusetia kepada ahli-ahlinya dan mengurus Pejabat-pejabat Perhubungannya diseluruh Sabah. Ia juga mengalakkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan melalui latihan dan usahasama, perdagangan dan pelaburan.
Matlamat DPBS termaktub dalam Section 5 Perlembagaannya seperti berikut;
ORGANISASI DAN STRUKTUR OPERASI
DPBS ditakbir oleh satu Jawatankuasa yang dipanggil Majlis Tertinggi, yang dipilih oleh ahli-ahli untuk berkhidmat selama tempoh 3 tahun. Yang DiPertua adalah Pengerusi DPBS dan dia dibantu oleh Majlis Tertinggi untuk merangka dasar, hala tuju dan garis panduan untuk operasi DPBS secara keseluruhannya. Ahli-ahli juga melantik badan Pengamanah yang dianggotai 3 orang Ahli dan seorang Penaung. Pengamanah bertanggungjawab keatas aset DPBS.
DPBS mempunyai lebih daripada 1500 orang ahli yang berdaftar, yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga-peniaga kecil dan kontraktor dari seluruh Sabah. Ahli-ahli DPBS terdiri daripada orang perseorangan dan korporat. Ahli perseorangan diperlukan mempunyai lesen perniagaan sebelum dapat diterima menjadi ahli. Semua permohonan keahlian akan diluluskan oleh Majis Tertinggi.
Urusetia DPBS terletak di Penthouse WISMA BUMI Jalan Gaya Kota Kinabalu. Pejabat-pejabat Perhubungan ditubuhkan diDaerah-Daerah yang strategik diseluruh Sabah; Tawau, Semporna, Sandakan, Kudat, Kota Belud, Keningau, Papar dan Beaufort untuk membantu ahli-ahli ditempat-tempat itu. Sebuah Pejabat Perhubungan boleh ditubuhkan atas permintaan sekurang-kurangnya 50 ahli disesebuah tempat. Seorang Pegawai Perhubungan akan dilantik untuk mengurus pejabat dan ahli ditempat yang mempunyai Pejabat Perhubungan.
Urusetia DPBS menyalurkan maklumat, menganjur seminar, memberi latihan dan khidmat nasihat kepada ahli-ahli. Ini termasuk bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan dan institusi-institusi kewangan. DPBS membantu ahli-ahli yang memerlukan bimbingan dan khidmatnya untuk mendapatkan bantuan kewangan. DPBS menganjurkan seminar untuk menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli dan masyarakat Bumiputera pada amnya didaerah-daerah.
DPBS menganjurkan KONGRESS EKONOMI BUMIPUTERA 1 dan menjadi Penganjur bersama KONGRESS EKONOMI BUMIPUTERA SABAH ke2. DPBS juga turut menganjurkan SABAH INTERNATIONAL EXPO (SIE) setiap tahun selain pameran-pameran lain didalam negeri dan serantau. DBPS mempunyai keyakinan bahawa barangan dan perkhidmatan ahli-ahlinya boleh dipromosi melalui pameran-pameran seperti itu.
Penubuhan DPBS telah dapat membuka banyak peluang kepada Bumiputera tempatan untuk berkecimpung dalam perniagaan. DPBS komited dalam merealisasikan matlamat MPPB (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera) dan membantu dalam pembangunan dan kejayaan Negeri Sabah.
DPBS menjalankan perniagaan dalam perniagaan yang berpotensi dan menguntungkan melalui syarikat pelaburannya, DPBS HOLDING SDN BHD, KONSORTIUM USAHAWAN KUBS S SDN BHD dan anak-anak Syarikat yang lain. DPBS HOLDING SDN BHD menjadi pemangkin kepada ahli-ahli DPBS
DPBS mempunyai kepentingan lain dalam ladang kelapa sawit dan koko dan rumah kedai.
DPBS telah menyediakan Blueprint dalam bulan Julai 1995 dengan bantuan IDS (Institute for Development Studies Sabah). DPBS menjalankan ulangkaji keatas aktiviti-aktivitinya dari masa kesemasa melalui bengkel dan seminar, untuk membincang dan menyediakan strategi-strategi baru mengikut perubahan semasa yang berlaku disekelilingnya.
Pelancaran laman web pada 31st July 2004 adalah merupakan satu lagi detik bersejarah DPBS untuk turut serta menjayakan ekonomi pengetahuan dan IT agar ahli-ahlinya tidak ketinggalan dalam dunia IT dan megunakan IT sebagai satu alat pengurusan dan pemasaran. Laman Web ini memberi ruang kepada ahli-ahlinya untuk berinteraksi dan membuat jaringan dikalangan mereka dan betukar-tukar fikiran, maklumat dan pertanyaan perdagangan.
BIMP-EAGA
DPBS turut menjayakan kawasan serantau BIMP-EAGA melalui BEMBC (Business Council). Yang DiPertua DPBS menjadi Pengerusi BEMBC sekarang. Pejabat Serantau BEMBC berpusat di Kota Kinabalu. BIMP-EAGA dianggotai oleh empat Negara berjiran dirantau Asia Timur, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philippines. BIMP-EAGA mempunyai penduduk melebihi 40 juta orang dan memberi pasaran yang lebih besar kepada ahli-ahli DPBS untuk memasarkan atau mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan mereka. DPBS komited kepada BIMP-EAGA untuk menjayakannya. DPBS telah turut sama secara aktif membangun dan memperjuangkan BIMP-EAGA dan telah menyertai Kumpulan-Kumpulan Kerjanya. DPBS telah berjaya mendapatkan bantuan kewangan dan teknikal ADB (Asian Development Bank) dan Kerajaan Pusat dan Negeri Sabah.